Perbincangan - 11
Tarikh: 28/Februari/2015
Pukul: 11:30 a.m - 2:00 p.m
Tujuan Perbincangan: Merangka dan menambahkan informasi dalam Video tutorial
Tempat: Kolej Kediaman (KK2)
Hasil Perbincangan:
Bahagian Kewangan:
- Tujuan membuat pinjaman adalah untuk menampung kekurangan tunai/modal dalam perniagaan. Modal yang diperlukan adalah untuk menampung kos jualan.
- Antara institusi yang menawarkan pinjaman Mikro seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Agro Bank, dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Berhad (SME Bank).
- Terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh sesebuah intitusi kewangan dalam meluluskan pinjaman. Antaranya adalah kemampuan peminjam membayar balik pinjaman, tempoh pengalaman dalam perniagaan, rekod kejayaan perniagaan dan potensi perniagaan.
- Sebelum memohon pinjaman pemohon seharusnya mengetahui beberapa perkara antaranya ialah tujuan dan jumlah pinjaman yang ingin dipohon, Institusi kewangan yang menawarkan pinjaman, kadar faedah/caj perkhidmatan yang ditetapkan serta jumlah dan kaedah bayaran ansuran.
- Pinjaman seharusnya digunakan untuk meningkatkan produktiviti jualan dan menampung ketidakcekapan pengurusan pendapatan.
- Pemohon seharusnya mengetahui anggaran perbelanjaan fixed asset dan variable asset seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:
- Kedudukan kewangan perniagaan harus dikaji terlebih dahulu sebelum membuat pinjaman kerana akan memberikan kesan terhadap aliran tunai perniagaan
- Penyediaan laporan aliran tunai adalah untuk menunjukkan pergerakan taunai masuk dan keluar dalam perniagaan untuk tempoh setahun. Contohnya aliran tunai CHICKOK FIZ Enterprise:
- Penyediaan penyata pendapatan adalah untuk melaporkan jumalah untung/rugi yang diperolehi oleh perniagaan contohnya:
- Penyata yang ke-3 adalah penyata lembaran imbangan, tujuan penyata ini disediakan adalah untuk melaporkan jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik untuk sesebuah perniagaan. seperti yang ditunjukkan dalam lembaran imbangan CHICKOK FIZZ Enterprise pada tahun 2015.
- Merupakan elemen yang penting dalam sesebuah organisasi dalam menguruskan pekerja yang merupakan aset yang paling penting dalam menentukan kecekapan untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi.
- Pengurusan yang dikendalikan di bawah sumber manusia dan pentadbiran adalah seperti pengambilan pekerja dan cara pengiklanan untuk mengambil pekerja serta menetapkan policy syarikat.
- Bahagian ini juga berperanan dalam pemantauan lokasi dan memastikan persekitaran syarikat sentiasa selamat serta sentiasa menjaga kebajikan pekerja seperti penyediaan bantuan perubatan, menyelesaikan masalah pekerja dan lain-lain.
- Selain itu, pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi ini juga berperanan dalam pengurusan pembahagian gaji kepada pekerja dan sentiasa menjaga hubungan dengan pekerja dan pelanggan untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan mereka.
- 70% Pengalaman bekerja merupakan syarat yang sentiasa diinginkan oleh sesebuah organisasi dan 30% berdasarkan prestasi pembelajaran.
- Disamping itu, bahagian ini juga berperanan dalam penyediaan carta organisasi berdasarkan jawatan yang telah ditetapkan didalam sesebuah organisasi.
Bahagian Operasi:
- Keluasan tanah 1/2 ekar, keluasan reban 100m x 70 m yang mampu memuatkan 2,000 ekor ayam. keluasan reban seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah dibawah.
- Pemberian makanan: Pemakanan adalah salah satu faktor yang terpenting yang perlu
dititikberatkan. Ini adalah kerana 2/3 dari kos pengeluaran adalah
daripada makanan dan harus memastikan tiada pembaziran berlaku ketika
memberi makan atau ketika menyimpannya. Dua jenis makanan diperlukan
iaitu makanan permulaan (starter) berumur 1 - 21 hari dan makanan
pengemukan/pertumbuhan (grower) pada umur 15 - 39 hari. Jika pasaran
memerlukan ayam bersaiz besar maka makanan penghabisan (finisher) perlu
diberikan ketika umur 40 hari hingga dijual.
- Pemberian minuman: Bekalan air minum bersih perlu sentiasa ada. Kadar kematian yang tinggi boleh berlaku kerana kekurangan air. Pengambilan air bergantung kepada keadaan suhu alam keliling, kelembapan kandungan makanan, pengambilan makanan dan pergerakan. Ayam akan minum 2 kali ganda dalam keadaan suhu yang panas daripada keadaan suhu biasa. Lazimnya ayam akan minum 2 kali ganda jumlah berat makanan yang dimakan.