Perbincangan 1 :
Tarikh: 28 November 2014
Masa: 3:30pm – 4:30pm
Tempat: Kolej Kediaman (KK2)
Tajuk perbincangan: Pemilihan Projek yang ingin di usahakan.
Hasil perbincangan kami telah memilih projek
sarang burung sebagai projek pertama kami disebabkan pasaran sarang burung yang
sangat meluas dan harga yang sangat tinggi disebabkan permintaan yang banyak
dari pelanggan. Sarang burung juga mempunyai kelebihan tersendiri seperti
mengandungi khasiat yang tinggi yang boleh di proses menghasilkan ubat ubatan yang
boleh merawat kencing manis dan sebagainya serta boleh di proses untuk
menghasilkan produk kosmetik.
Sarang Burung Walet
Selain itu, projek yang ke-2 kami pilih sebagai
backup plan ialah industri ternakan ayam. Kami memilih ternakan ayam kerana kos
pengeluarannya tidak terlalu besar dan permintaan ayam sangat tinggi
terutamanya kepada pengusaha kedai makan. Keuntungan hasil jualan ayam juga
sangat tinggi disebabkan penjualan setiap bahagian ayam adalah berlainan
seperti hati, daging, perut dan kaki. Ini sekaligus dapat memenuhi comsumption
pelanggan yang gemar akan ayam
Disamping itu,pilihan projek terakhir kami ialah
ternakan kambing. Kami memilih ternakan asas tani ini untuk memenuhi permintaan
terhadap sumber makanan disebabkan bilangan import makanan yang semakin tinggi
dari luar negara. Projek ini juga mempunyai peluang yang luas di pasaran dengan
pembinaan produk secara inovatif untuk memaksimumkan penggunaan sumber seperti
penjualan daging kambing dan tahi kambing yang dikompos menjadi baja.
Updated By,
Mohammad Amirul Bin Ahmad (S18998)
Kartina Binti Abd Kadir (S19326)
Mohammad Amirul Bin Ahmad (S18998)
Kartina Binti Abd Kadir (S19326)
No comments:
Post a Comment