Temu Bual Pertama
Tarikh: 12/12/2014
Masa: 2.00pm – 4:00 pm
Tempat: Syarikat Chicwan
Tajuk Temubual: Bahagian Kewangan dan Sumber Manusia
Hasil maklumat daripada temubual tersebut:
Hasil maklumat daripada temubual tersebut:
- Pada 12.12.2014, kami telah mengadakan sesi temu bual bersama pekerja Chicwan iaitu penternak dan pembekal ayam segar di kawasan Bintulu. Kami telah menemu bual beberapa persoalan kepada mereka terutamanya pada bahagian pengurusan syarikat dan juga kewangan. Temu bual ini hanya mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit.
- Dalam temubual ini, kami telah menanyakan beberapa soalan mengenai rancangan perniagaan syarikat tersebut. Empat faktor penting telah kami tanyakan iaitu mengenai bahagian sumber manusia, kewangan, pemasaran dan juga operasi. Kami hanya sempat menemu bual mengenai bahagian sumber manusia dan juga bahagian kewangan sahaja.
- Pelbagai maklumat kami peroleh antara nya cara pengurusan syarikat dengan betul, bagaimana majikan memberi layanan kepada pekerja nya dan hubungan antara majikan dan juga pekerja bawahan.
- Dari segi kewangan pula, pegawai daripada bahagian kewangan telah
memberi sedikit maklumat mengenai pengurusan kewangan syarikat mereka.
Setiap keuntungan dan kerugian syarikat akan dicatat oleh pegawai kewangan yang
dipercayai.
Sesi Temu Bual
Sesudah Temubual Bahagian Sumber Manusia Mrs Tan
Sesudah Temubual Bahagian Kewangan Miss Chin
Updated By,
Fitri Izzati Zol (S19296)
Kartina Binti Abd Kadir (S19326)
No comments:
Post a Comment